Wednesday 15 January 2014

Nikmat-nikmat Berharga Yang Kami Kecapi Di Kolej Islam As-Sofa

Alhamdulillahi Rabbil A'lamiin..
Allahumma Solli A'la Muhammad wa a'la ali wasohbihi Ajma'in..
bersyukur ke hadrat ilahi kerana sekali lagi dengan izinNya dapat saya update blog ini yang tiada lain adalah untuk berkongsi dengan semua mengenai pengalaman atau nikmat yang saya sendiri kecapi di Kolej Islam As Sofa. Nikmat-nikmat ini adalah sangat berharga buat saya yang wajib saya syukuri. Bessstttt Sangggaaaattt! haa... nak tahu pengalaman-pengalaman saya tu, mari teruskan membaca.

Masjidil Nabawi Yang Dirindui
Nikmat yang pertama sekali ingin sy kongsikan ialah Mahabbah atau kasih kepada Rasulullah S.A.W. Berlalunya dikala detik kami di sini adalah dengan disirami cinta dan kasih kepada Rasulullah S.A.W yakni bapa Roh kita yang mana setiap apa yang kita lakukan seharian bermula ketika mana kita bangkit daripada tidur hinggalah kita meletakkan semula tubuh ke tempat pembaringan utk tidur semula, yang kesemuanya diajar seinci demi seinci oleh Rasulullah SAW kepada kita lantaran kasih Baginda terhadap umatnya. Segalanya ditujuki Baginda SAW di dalam sunnahnya. Hinggalah tibanya "yaumul hisab" Baginda SAW tetap menanti umatnya, melihat keadaan umatnya, membantu umatnya dan sebolehnya mahu kesemua umatnya berada disampingnya ketika Baginda melangkahkan kaki kanannya memasuki Syurga Allah yang indah. Ketika hayatnya Baginda sanggup bertolok gadai nyawanya bagi menyelamatkan Islam serta umatnya di dalam perang hinggakan berlumuran darah Baginda SWT kerana dihujani batu oleh puak kuffar. Dalam keadaan begitu pun masih lagi Baginda SAW memohon keampunan bagi umatnya iaitu kita semua, para pembaca sekalian. Bagaimana kita pada hari ini boleh melupakan Baginda? Sudah banyak air mata Baginda berlinangan memikirkan KITA iaitu umatnya adapun pernah tak sekali air mata kita berlinangan mengenangkan Baginda SAW? ~Allah....

Al Musnid Dato' Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin As Sanusi


Itulah antara yang diasuh oleh Pengasas Kolej ini yang merupakan antara manusia yang dipilih Allah SWT untuk menjadi pewaris kekasihNya Rasulullah S.A.W. Beliau ialah Al Allamah Al Faqih Al Musnid  Dato' Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin. Beliau memegang jawatan Pengerusi Majlis Aqidah Negeri Sembilan dan Ahli Majlis Fatwa Negeri Sembilan. Beliau jugalah yang merupakan pengasas Yayasan Sofa Negeri Sembilan dan As-Sofa Education Group (Kumpulan Pendidikan As-Sofa). Beliau telah mewujudkan beberapa Institusi pengajian dari Sekolah Rendah Islam As-Sofa, Darul Quran Wal Hadith (Pusat Tahfiz), Sekolah Tinggi Islam As-Sofa hinggalah kolej ini, Kolej Islam As-Sofa. Beliau merupakan seorang yang benar-benar menyayangi umat ini. Beliau juga merupakan seorang pemikir kemaslahatan umat ini. Beliau mahu ahli ilmu itu diletakkan pada tempat yang tinggi sesuai dengan ketinggian dan kemuliaan ahli ilmu tersebut. Selain itu, beliau juga merupakan pembela Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mahu ahli sunnah ini berjalan di atas landasan yang diwariskan oleh Rasulullah S.A.W.



Seterusnya, kami di sini kerap kali berqasidah. Kalau ada yang tertanya-tanya qasidah tu apa, senang cerita qasidah ni lagu-lagu memuji Allah dan Rasulullah S.A.W. Haa...bagi mereka yang suka berqasidah tu, sini la tempat kalian..hehe.. Pelbagai lagu qasidah yang kami perdendangkan dan qasidah ini seperti sudah menjadi darah daging kami. Setiap kali sebelum bermulanya sesuatu Majlis kami akan mulakan dengan qasidah bagi menambah keberkatan majlis tersebut. Best sangat...! Dan untuk pengetahuan semua, kumpulan qasidah kami menerima banyak panggilan untuk membuat persembahan di majlis seperti kenduri-kendara dan majlis aqiqah. Selain itu, kami juga dijemput oleh IKIM FM untuk memimpin bacaan maulid di radionya.

Seterusnya, kami di sini juga mempelajari seni-seni khat yang mana pada hari ini semakin diketepikan oleh masyarakat Islam khususnya anak-anak muda pada hari ini yang sebahagian besarnya tidak lagi boleh membaca jawi apatah lagi menulisnya padahal ia merupakan sesuatu yang amat penting dalam Islam. Oleh itu, Kolej Islam As-Sofa berperanan mengembalikan semula syiar Islam ini kepada masyarakat. Antara Khat yang kami pelajari ialah Khat Nasakh dan Khat Thuluth.


Seni-seni Khat yang Sedang Diajarkan Kepada Kami


Di sini juga kami mempelajari kitab-kitab turath ulama'. Seperti yang semua maklumi kitab-kitab ulama' silam ini yang menjadi rujukan ilmu-ilmu Islam kepada umat sepanjang zaman. Antara kitab-kitabnya adalah Minhaj al A'bidin, Safinah al Najah, Aqidah al Awam, Aqidah al Qairawani, Hikam ibn A'toillah, Nur al U'yyun dan banyaaaakkk lagi!!! Kami membaca di hadapan guru kami Al Musnid Dato' Syeikh Muhammad Fuad dan beliau akan mengupas satu persatu mengenai kitab tersebut (bertalaqi). Pada setiap tahun bulan Rejab, kami akan membaca kitab Sohih al Bukhari pada setiap hari dan mengkhatamkannya pada 27 Rejab. Sudah makruf bahawa Sohih Bukhari adalah sumber kedua dalam Islam selepas al Quran dan pelbagai fungsi hadith dalam syariat-syariat agama ini. Menyedari kepentingan pembacaan hadith-hadith Nabi S.A.W ini, maka al Musnid menjadikan pembacaan hadith sebagai satu daripada amalan kami. Sewaktu Umat Islam pada hari ini menjauhi hadith-hadith Nabi S.A.W, kami di sini dengan izin daripadaNya mendekati hadith-hadith tersebut dengan membacanya. Alhamdulillah... Tak teringin nak sertai kami ke? hehe.. =)



Para pelajar kolej membaca sejuzuk al Quran
Selain itu, di sini kami mempunyai beberapa amalan. Antaranya ialah antara Maghrib dan Isyak kami akan membaca sejuzuk al Quran dan pada akhir setiap bulan hijriah kami akan khatamkan al Quran. Alhamdulillah.. Kata ulama': "Sekiranya kamu mahu melihat bagaimana hubungan kamu dengan Allah, lihatlah bagaimana hubungan kamu dengan al Quran." Lillahi walhamdu walminnah, ini semua adalah nikmat yang tidak terungkap bagi kami. Tambahan pula, kami juga kerap kali dikunjungi oleh ramai ulama Seluruh Dunia, ada yang daripada keturunan Rasulullah S.A.W dan ada pula dari keturunan Sahabat Ra. Ada yang dari Mekah, Madinah, Mesir, Jordan, Maghribi, Sudan dan banyak lagi. Ada antara mereka Muhaddith, Mufassir, al Allamah, al Musnid, Doktor, Profesor dan macam2 lagi. huh, hebat betul mereka ni, benar-benar pewaris Rasulullah S.A.W. Duduk dalam majlis ilmu mereka, mendengar kalam-kalam mutiara mereka, mencatit tausiah berharga mereka, mengambil barokah mereka dapat makan bersama mereka. ~Allahu Akbar... tak tahu macam mana nak gambarkan seronoknya dapat bersama mereka.


Pelajar2 Kolej Membersihkan Halaman Rumah Penduduk Kampung

Haaa...kami ni bukan berotib je keje..kami juga melakukan aktiviti2 luar seperti melakukan khidmat masyarakat seperti di Melaka dan Selangor. Mengecat, mengemas dan membantu mereka yang memerlukan. Ada antara mereka yang tidak dikunjungi oleh anak2 mereka. Diceritakan kepada kami salah satu rumah yang kami lawati, mereka mempunyai 9 orang anak tapi hanya waktu raya sahaja mereka dikunjungi. Mereka juga menceritakan bahawa mereka mempunyai puluhan cucu hatta ada yang sudah tinggi dewasa, namun tiada seorang yang balik menjengok mereka. Sedih sangat lihat keadaan mereka tu.. Wahai anak2 di luar sana tu, kalau kalian masih punyai ibu dan bapa di rumah tu, jengok2la mereka tu, paling tidak pun telefon. Mereka pasti sangat3 merindui anak2 mereka yang dari kecil dijaga dan bersama mereka namun pabila dewasa melupakan mereka. Huhuhu...=(
Tidak cukup itu sahaja, kami juga aktif bersukan. Kami bermain futsal, badminton, bola sepak dan lain2 sebagai aktiviti riadah kami. Kami bersiar-siar di tasik bagi menikmati keindahan ciptaan ilahi dan menenangkan fikiran kami.

Pelajar Kolej Bersama Penduduk Kampung Pernu, Melaka Sebelum Berpisah



Macam mana? Teringin nak belajar di sini? Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kolej
Islam As-Sofa khususnya pengajian atau diploma yang ditawarkan bolehla layari sesawang berikut, Pengajian Diploma Hanya 2 Tahun dan Degree Hanya Setahun!.
Kepada yang mencari laman sesawang kolej ni link dia Kolej Islam As-Sofa.
Pendaftaran dibuka sekarang untuk kemasukan Bulan Jun ini. Kepada yang berminat boleh PM saya di Facebook saya Khairi Hasbullah atau di talian 013-6295979 .
boleh juga hubungi saya melalui Emel saya, khairihasbullah@gmail.com. Insyaallah saya akan membantu dalam proses pendaftaran kalian dan permudahkan penghantaran surat tawaran kepada kalian.
Apa tunggu lagi?? Mari sertai kami..!! Jangan Lepaskan Peluang Keemasan Ini!!