Saturday 25 May 2013

Majlis Pengkhataman Sunnan Sittah dan Sambutan Isra' Mikraj (n_n)

Alhamdulillahi Rabbil A'lamiin..
Allahumma Solli A'la Sayyidina Muhammad wa a'la alihi wasohbihi Ajma'in...

Seperti biasa pada setiap tahun Yayasan Sofa Negeri Sembilan (YSNS) dan Sofa Education Group (SEG) akan mengadakan majlis pembacaan Sahih al Bukhori karangan Imam Muhammad Ismail al Bukhori pada bulan Rajab yang mulia. Pembacaan Kitab ini telah menjadi amalan kami di sini. dan Alhamdulillah pada tahun ini juga kami dapat mengkhatamkannya malah lebih daripada itu.

Kitab Sohih al Bukhori Terbitan Kolej Islam As-Sofa.
Antara Sunnah Yang Telah Diketepikan Umat Pada Zaman Ini.

Pada tahun ini Allah Yang Maha Agung, Yang Maha Menghendaki Segala Sesuatu telah mengizinkan kami mengkhatamkan enam kitab induk hadith yang Muktabar, yang menjadi rujukan kita Umat Islam dalam setiap amalan kita setiap hari. Tanpa membaca Hadith-hadith Nabawi ini mana mungkin kita dapat mengetahui ibadat-ibadat yang kita lakukan setiap hari?

Adapun apa yang diperhatikan pada hari ini, Umat Islam sendiri menjauhi Hadith-hadith nabi ini yang sebetulnya menjadi bantal ketika kita mahu tidur, menjadi air sejuk sewaktu kita kehausan dan menjadi seperti bumbung ketika kita kepanasan dan mahukan teduhan. dalam kata yang mudah kita sangat-sangat memerlukannya dan sentiasa berdampingan dengannya. Semoga Allah memberikan saya dan kalian yang membaca artikel ini kekuatan untuk mendekati hadith-hadith Nabi, kerana sekiranya Allah mahu seseorang itu sesat maka Allah akan menjauhi seseorang itu daripada Hadith-hadith kekasihNya ini.


Oleh itu, pada ENAM JUN ini 6/6/2013  bersamaan 27 Rajab 1434, YSNS dan SEG akan mengadakan majlis yang Begitu Mulia Ini di Masjid Negeri, Negeri Sembilan di Seremban. Kehadiran Ulama'-ulama' dalam dan Luar Negara menerangi lagi cahaya dalam majlis ini. Antaranya al Musnid Dato' Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin al Maliki al Sanusi, al Musnid Dr. Sayyid Nafi' bin Arabi al Sanusi al Hasani, al Musnid Dr. Sayyid Mun'im ibn Abdul Aziz al Ghumari al Hasani dan lain-lain.

Oleh itu, saya mengalu-alukan kehadiran semua muslimin dan muslimat untuk hadir ke majlis Rasulullah Sallallahu Alaihi Waalihi Wasalam ini. Semoga Allah Memilih kita untuk berada Di dalam Majlis KekasihNya ini. Ini merupakan majlis yang Dirindui, Dicintai dan majlis yang Menggembirakan Rasulullah Sallallahu Alaihi Waalihi Wasalam kerana kita mengkhatamkan kitab-kitab yang tertulis di dalamnya kata-kata atau sabdaan-sabdaan Rasulullah Sallallahu Alaihi Waalihi Wasalam.



Semoga kita tergolong dalam golongan yang mencintai Hadith-hadith Rasulullah Sallallahu Alaihi Waalihi Wasalam yang dengannya dapatlah kita menjadi kekasih Rasulullah dan kekasih Rasulullah merupakan kekasih-kekasih Allah. dan moga-moga kita dapat bersama dengan Baginda Sallallahu Alaihi Waalihi Wasalam di akhirat kelak Sehingga Ke dalam Syurga.Amiin...

No comments:

Post a Comment