Saturday 30 May 2015

Minggu Mengenali Raja Idris al Sanusi

Alhamdulillah segala pujian bagiNya kerana dengan limpah taufiq dan rahmatNya dapat kami berhimpun pada malam ini dalam satu majlis haul al Imam Muhammad Idris al Mahdi al Sanusi. Secara ringkasnya al Imam yang kami sambut haulnya pada malam ini adalah merupakan seorang Raja yang berkuasa Mutlak di sebuah Negara yang bernama Libya yang digeruni serta dihormati oleh pihak kawan dan juga lawan. Beliau bukan sahaja berstatus sebagai seorang Raja Mutlak bahkan beliau merupakan seorang Ulama dan keluarga beliau merupakan keluarga Ulama.

Beliau juga berketurunan mulia iaitu cucu cicit Rasulillah salallahu alaihi waalihi wasalam daripada sebelah Sayyidina Hasan. Bagi memperkenalkan seorang imam yang hebat ini maka tercetuslah buah fikiran daripada al Musnid Dato' Syeikh Muhammad Fuad al Muhammadi untuk mewujudkan minggu memperingati al Imam al Allamah al Sayyid Muhammad Idris al Sanusi al Hasani radhiallahu anhu. Sekiranya dikurniakan masa, kekuatan serta keizinan daripada Allah subhanahu wata'ala maka penulis akan mencoretkan lebih panjang lagi mengenai manaqib al Imam yang mulia.

Para pelajar bersama hadirin membaca al Quran pada awal majlis

Majlis pada malam tadi dimulai dengan sebaik-baik kalam dan pedoman iaitu Bacaan al Quran al Karim yang dipimpin oleh al Fadhil Ustaz Md Farid Samad al Hafiz. Begitulah amalan seharian yang amat dititik beratkan oleh Pengasas Yayasan Sofa dan Kumpulan Pendidikan Sofa yang mana wirid dan amalan harian yang amat penting untuk dibaca oleh as Sofa ini adalah al Quran. Setelah membaca juzuk 13 awal maka kami solat Isyak Berjemaah dan kemudiannya bermulalah pencerahan awal sambutan Minggu Mengenali Raja Idris al Sanusi.

Majlis dimulakan dengan ucapan Ustaz Khuzairi selaku pengarah program yang mana al Fadhil ustaz menerangkan, kemudian disampaikan tausiah satu persatu oleh para asatizah mengenai al Imam Muhammad Idris al Mahdi al Sanusi. Setelah selesai semua tausiah maka montaj program di mainkan dan di sana dapatlah dilihat bagaimana makmurnya Negara Libya yang diperintah oleh Raja yang adil ini. Dapat dilihat juga bagaimana hormatnya kuasa-kuasa barat terhadap al Imam yang sekali gus ia hakikatnya ia seolah-olah jelmaan peribadi serta akhlak Baginda Rasulullah salallahu alaihi waalihi wasalam. Meskipun Baginda seorang yang berkuasa mutlak terhadap Negara Hijaz namun Rasulullah dihiasi dengan akhlak mulia seperti tawadhu', pemurah, belas ihsan dan seorang yang sangat mahir dalam kepimpinan. Maka nantikan episod esok dengan aktiviti2 yang lebih menarik insyaAllah..


No comments:

Post a Comment